suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jurusolek pengantin ditemukan maut berlumuran darah di bilik sewa

Suspek berjaya ditahan meskipun beberapa kali berpindah rumah sewa. -Foto Detik Jatim

SAKIT hati mendengar isteri dihina dipercayai menjadi motif seorang lelaki bertindak membunuh jurusolek pengantin yang dikenalinya menerusi aplikasi MiChat.

Motif pembunuhan itu didedahkan polis Isnin lalu, susulan penahanan suspek berusia 29 tahun pada 20 November.

Kejadian berlaku di bilik sewa mangsa di Sedati, Sidoarjo, Indonesia pada 11 November lalu.

Ketua Polis Sidoarjo, Bobby Adimas Condroputra berkata, suspek berjaya ditahan meskipun beberapa kali berpindah rumah sewa bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Ujarnya, siasatan mendapati suspek pada awalnya menggunakan aplikasi MiChat untuk mencari pekerja seks sebelum berkenalan dengan mangsa, Adi Triono.

Bagaimanapun, hubungan mereka bertukar tegang selepas mangsa mengeluarkan kenyataan mengenai isteri suspek yang dinikahinya secara siri iaitu tidak didaftarkan secara rasmi.

Jelas Bobby, mangsa dipercayai menyatakan isteri suspek yang bekerja sebagai pelayan karaoke sering keluar bersama lelaki lain.

Tambahnya, susulan daripada dakwaan tersebut, suspek berasa sakit hati dan merancang pembunuhan terhadap mangsa.

Malah dia dipercayai menggunakan akaun lain dengan identiti berbeza bagi menghubungi mangsa selepas akaun asalnya disekat.

Bobby berkata, mangsa yang tidak mengetahui perkara tersebut kemudiannya bersetuju untuk bertemu suspek di bilik sewanya kira-kira pukul 1.30 pagi pada hari kejadian. 

Ujarnya, kira-kira pukul 3 pagi polis menerima laporan mengenai penemuan mayat mangsa dalam keadaan berlumuran darah akibat kecederaan di bahagian dada.

Susulan itu, suspek  yang bekerja di sebuah kilang kini berdepan beberapa pertuduhan termasuk pembunuhan terancang serta rompakan yang mengakibatkan kematian.

Sementara itu, abang mangsa yang dikenali sebagai Danang mengakui terkejut dengan kejadian tragis yang menimpa adiknya.

Menurutnya, mangsa bekerja sebagai jurusolek pengantin dan mempunyai ramai kenalan dalam bidang berkenaan. -Agensi

Artikel Lain