Jaga tutur kata dan adab ketika berbual dengan rakan-rakan terutama dalam sesebuah majlis. -Gambar hiasan AI
PERTEMUAN semula dengan rakan-rakan lama sepatutnya menjadi momen menggembirakan, apatah lagi selepas sekian lama tidak bersua muka.Namun, keterujaan seorang wanita menghadiri majlis pertemuan semula atau reunion bersama bekas rakan sekuliah di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bertukar menjadi pengalaman buruk apabila perubahan bentuk badannya menjadi bahan sindiran. Menurut wanita itu, berat badannya kini mencapai 59 kilogram (kg), berbanding 85kg ketika kali terakhir bertemu rakan-rakan berkenaan pada hujung tahun lalu.Setiap individu pastinya mempunyai azam dan keinginan yang mereka mahu capai. -Gambar hiasan AI"Lima tahun lepas, berat aku pernah cecah sampai 100kg. Masing-masing terkejut tengok aku kurus sekarang. Aku pula jenis tak kongsi di media sosial pasal diri sendiri."Tapi ayat yang paling bitter aku dapat hari ini daripada kawan aku... you kurus-kurus ni nak jadi nenek kebayan ke tua nanti? Tak cantik tau apabila perempuan kurus masa hari tua."I nak jadi chubby (gempal) je. Nanti dah tua tak ada la muka cengkung macam nenek kebayan. Masih kelihatan fresh," cerita wanita itu di Threads.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita gempal berjaya kurus lepas dihina, puas hati kini penghina pula stres sebab gemuk - "Badan dia makin kepam, mengembang"ARTIKEL BERKAITAN: Saiz seluar dalam jadi bahan gurauan, wanita ‘chubby’ nekad turun berat badan - “Orang cakap tak lawa pula, nampak cengkung”Tidak berdiam diri, wanita berkenaan membalas sindiran tersebut dengan menjelaskan bahawa tubuh kurus tidak semestinya membuatkan seseorang kelihatan lebih tua apabila meningkat usia."Nenek kebayan pun ada yang gemuk-gemuk, tahu-tahu sudah ada penyakit tiga serangkai lagi. I nak jadi macam sorang artis tu, umur 60 masih nampak muda dan fit. "Sebab tu saya konsisten buat senaman sejak zaman gemuk dulu. Budak aliran sukan tak boleh tinggal semua ni nak kekalkan badan sihat sampai tua nanti.Berat turun daripada 100kg kepada 59kg, rakan lama terkejut lihat perubahan.Komen kawan mengenai tubuh kurus buat wanita berang.Disindir takut jadi nenek kebayan apabila tua, ini jawapan padu wanita.Konsisten bersenam sejak berbadan besar, mahu kekal cergas hingga usia emas.Tak pernah kacau badan orang, tetapi diri sendiri pula menjadi sasaran.Ringkasan ini dijana oleh AI"Terdiam terus kawan tu apabila saya cakap macam tu. Engkau nak gemuk, gemuk je la. Nak mengutuk orang pula. Masa kau gemuk, aku tak kacau pun," ujar wanita itu lagi.Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya berpendapat seseorang tidak sepatutnya menjadikan bentuk badan orang lain sebagai bahan sindiran."Memang ada orang yang tak senang hati nampak kita lawa daripada dia. Yang mengata tu biasanya sebab kita ni lebih daripada dia. Lebih kurus, cantik dan berjaya semua perkara la daripada dia."Kalau saya balas je, nanti sakit masuk hospital susah kalau badan besar. Nak pusing kiri dan kanan pun rasa mengah. Misi nak masukkan tiub pada saluran kencing pun susah," komen beberapa netizen.